LETS FIT SIRI3 01

BUKIT SERINDIT, 29 Mei 2022- Let'Get Fit Negeri Melaka Siri 3 sekali lagi berlangsung dengan jayanya serta penuh keceriaan. Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Melaka melalui Unit Kecergasan Nasional dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Melaka Tengah (AROFIT) telah berjaya menganjurkan satu lagi sesi senamrobik kepada umum yang diadakan bertempat di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka.
*
Seramai 55 orang peserta berdaftar awal dan hampir 50 orang peserta yang hadir secara walk-in dari pelbagai peringkat umur, latarbelakang dan kaum yang mengunjungi taman awam tersebut turut menyertai sesi senamrobik yang dilangsungkan.
*
Sesi petang bagi siri ketiga ini juga telah diketuai oleh instruktor bertauliah dan berpengalaman; Norhayadiyanti Ibrahim dari AROFIT. Sesi kali ini juga dimeriahkan dengan kesudian Penolong Pengarah (Sukan) JBS Melaka; Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh hadir memberikan semangat dan sokongan kepada pelaksanaan sesi pada kali ini. Beliau turut berkesempatan menyampaikan hadiah misteri kepada para peserta bertuah yang terpilih. Turut sama hadir, Pegawai Kecergasan Nasional, JBS Melaka; Zamzul Qamar Mohd Jamil.
*
Ayuh warga aktif Melaka, Program Let's get fit ada tujuh (7) lagi siri yang akan menggegarkan di beberapa lokasi yang terpilih di seluruh Negeri Melaka. Daftarkan diri anda untuk slot yang akan datang untuk berpeluang memenangi hadiah misteri yang disediakan oleh pihak penganjur. Sambil kita mengekalkan kesihatan, untung-untung dapat juga hadiah misteri.

#BAHAGIANSUKAN