JASIN, 30 Januari 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin petang ini menerima lawatan kerja Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan yang membuat tinjauan langsung ke tapak cadangan pembinaan Kompleks Sukan Jasin di Bandar Jasin Bestari petang tadi.

Lawatan ke tapak cadangan ini merupakan rentetan daripada Mesyuarat Penyelarasan Projek Bil.1/2020 di Putrajaya baru-baru ini dan ia juga adalah lawatan kali pertama beliau sejak menjawat jawatan pengarah JBS Melaka pada Disember 2019.

Untuk rekod, cadangan pembinaan Kompleks Sukan Jasin telah mendapat kelulusan pada Julai 2019 dan pembinaan dijangka akan bermula dalam sikit masa sahaja lagi.

Hadir sama dalam lawatan tapak, Penolong Pengarah JBS Melaka, Yan Mohd Nor Alif Mohamad Noh; Pegawai Pembangunan JBS Melaka, Azmee Amar Azwan Mostapa; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali serta wakil daripada arkitek dan konsultan.