Krubong, Melaka 19 November 2019  – Lawatan dari Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka yang baharu, Encik Noorman Bin Ramlan ke Kompleks Sukan Komuniti Krubong (KSK) adalah bertujuan untuk  melihat sendiri kemudahan-kemudahan yang tersedia di sana dan bagaimana premis ini beroperasi serta bersuai kenal bersama pegawai dan kakitangan yang bertugas di sana selain memantau kerja-kerja menyelenggara pembaikan bangunan yang sedang dilaksanakan di kompleks tersebut.