AYER KEROH, 17 Mac 2022 - YBrs. Encik Khairul Adri Dato' Rosli; Pengarah JBS Melaka telah melakukan lawatan pemantauan tapak bagi melihat perkembangan projek pembangunan tersebut yang sedang dalam proses dibangunkan. Lawatan tersebut telah disambut wakil pihak kontraktor yang dilantik. YBrs. Tuan Pengarah juga telah diberikan taklimat dan pemakluman ringkas berkaitan status terkini perkembangan projek serta turut dibawa melawat disekitar tapak untuk melihat keadaan semasa tapak projek tersebut oleh pihak kontraktor.
Turut sama hadir ke lawatan tersebut, YBrs. Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin; Timb. Pengarah (Belia) dan YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Pen. Pengarah (Sukan), JBS Melaka.