LAWATAN KERJA KSU 01

AYER KEROH, 20 Mei 2022 - Lawatan Kerja Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan melawat projek Naiktaraf Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka (KOMBES). Lawatan tersebut turut diiringi oleh Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad bersama Pengarah JBS Negeri Melaka, Tuan Khairul Adri Dato' Rosli. Hasil pemantauan tersebut, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan berharap fasiliti KOMBES dapat digunakan segera sebaiknya oleh komuniti setempat seluruh peringkat umur.

#KOMBES