Melaka, 29 Januari 2020 – Latihan Sistem e-Perolehan Siri 1, Tahun 2020 telah diadakan untuk Pegawai Kementerian Belia dan Sukan. Latihan ini diadakan pada 29-31 Januari bertempat di Bilik Latihan Komputer Aras 14, Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. Latihan ini telah dihadiri oleh Encik Mohd Azizul bin Hanafi yang merupakan Pegawai Sukan di  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.