LENDU, 9 Mac –  Bakal beraksi menentang pasukan Felda United dalam saingan CIMB Liga Super 2020 di atas padang sintetik Stadium Tun Abdul Razak, Padang Bola Sepak Sintetik Kompleks Rakan Muda Alor Gajah bertuah kerana telah menjadi pilihan skuad Melaka United sepanjang 2 hari sesi latihan yang diadakan. Pasukan kendalian jurulatih Zainal Abidin Hassan itu kelihatan serasi menggunakan kemudahan yang ada di sini khususnya padang bola sepak tiruan itu. Selamat maju jaya diucapkan semoga  Skuad Hang Tuah terus memberikan aksi yang menarik dalam saingan Liga Super musim ini.