SEPANG, , 10 Disember 2019 - Satu kursus training of trainers (TOT) pelaksanaan Sistem Buku Log Instruktur Senamrobik (BLISS) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 10 Disember 2019 bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Kursus ini dianjurkan bertujuan dalam melatih para pegawai, penganjur serta Instruktur Kecergasan KBS pelbagai peringkat untuk pelaksanaan sistem ini yang akan menggantikan sistem buku log sedia ada. Selain itu, dalam kursus ini juga turut diadakan sesi maklumbalas dan taklimat perancangan program-program kecergasan nasional yang akan dilaksanakan pada tahun 2020.

Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menghantar penyertaan seramai 2x pegawai ke kursus ini diketuai oleh Encik Yan Mohd Nor Alif bin Mohamad Noh selaku Penolong Pengarah (Sukan). Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Zurihamni bin Zakariya selaku Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.