DURIAN TUNGGAL, Melaka 16 Februari 2020 - Sekretariat Rakan Muda UTeM telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi(KPO) khusus untuk ahli Majlis Tertinggi dan Exco dari kepimpinan SRM UTeM. Objektif Kursus Pengurusan Organisasi ini adalah untuk membimbing para peserta cara berorganisasi  yang lebih teratur dan melatih mereka dengan protokol, etika pengurusan yang betul.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran mantan Presiden SRM 2018/2019, Ahmad Izzudin serta barisan mantan Exco SRM 2018/2019. Program ini diakhiri dengan sesi pertukaran buah fikiran antara para peserta dan mantan Exco. Selamat maju jaya diucapkan kepada exco pimpinan baru kali ini dan terus mengharumkan nama SRM UTeM.