NEGERI SEMBILAN, 11 Julai 2019 - Jawatankuasa Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menghantar 5 orang pegawai dan kakitangan iaitu En Mohammed Fitri Mansor, En Mohd Hazriq Abu Zarin, En Mohd Aziz Abu Bakar dn Cik Jalma Annas ke Kursus Pengawalan Keselamatan Fizikal, Kod Modul SGC 1013 Siri 4 Tahun 2019. Kursus ini melibatkan 30 penyertaan dari pelbagai agensi seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung selama dua hari bermula 10 hingga 11 Julai 2019 bertempat di Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, Bandar Enstek Negeri Sembilan. Penyertan kursus ini bertujuan memberi pengetahunan dan pendedahan berkaitan pengawalan keselamatan perlindungan dari aspek fizikal seterusnya meningkatkan prestasi keselamatan dengan lebih berkesan terutama di JBSNM. Penceramah kursus ini terdiri daripada pegawai Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), PDRM ,Pertahan Awam dan BOMBA.

Disediakan oleh:
Cik Jalma Binti Annas, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNM.