PUTRAJAYA, 15 Mac 2022 - Telah berlangsung Kursus Pemahaman Akta 576 (Akta Pembangunan Sukan 1997) bagi memberikan kefahaman kepada para peserta JBS Negeri dari seluruh negara berkenaan akta yang berkuatkuasa dan bidang kuasa yang boleh digunakan mengikut akta yang diwartakan sejak 1 Januari 1998 tersebut. Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang diadakan bertempat di Podium A, Menara KBS, Putrajaya.

Pada kursus kali ini, Pesuruhjaya Sukan; YBrs. Encik Ibrahim Mohd Yusof turut padang memberikan taklimat dan beramah mesra bersama para peserta kursus yang hadir. JBS Melaka telah diwakilkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan yang diketuai YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Pen Pengarah (Sukan), JBS Melaka. Turut sama hadir Encik Mohd Hazriq Abu Zarin;. Pegawai Unit Penggalakan dan Pembangunan Sukan dan Encik Zamzul Qamar Hj. Mohd Jamil; Pegawai Unit Kecergasan Nasional.