Ayer Keroh, 8 Jun 2022 - Kunjungan Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diketuai oleh En. Muhammad Qoiyum Bin Suhaimi, Presiden SRM UTeM di sambut oleh En. Azmee Amar Azwan Bin Mostapa, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

.
Antara intipati yang dibincangkan adalah memperkasakan sasaran utama iaitu golongan kategori rakan muda di ipt melalui program-program anjuran jabatan. Memperkasakan SRM IPT bagi memastikan SRM di ipt memberi impak dan manfaat kepada golongan sasaran.
.
Rombongan SRM UTeM juga diberi penerangan dan pendedahkan berkaitan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Semoga dengan kunjungan dan penerangan yang telah diberikan dapat memastikan SRM UTeM terus aktif dan dapat memberi manfaat kepada ahli melalui perlaksanaan program yang dirancang.

#bahagianrakanmuda