AYER KEROH, 8 Jun 2022 - Telah berlangsungnya satu kunjungan dari wakil pihak Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin ke ibu pejabat JBS Melaka bertempat di Bilik Perbincangan Aras 1, Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Melaka
*
Turut dibincangkan didalam pertemuan ringkas tersebut adalah sebarang peluang kerjasama yang boleh dilakukan diantara kedua-dua agensi pada masa hadapan terutamanya dalam program- program Belia dan Sukan yang dianjurkan Jabatan.
*
IKM Jasin yang diwakilkan Penyelaras Sukan; Ahmad Shukri Haris disambut mesra Penolong Pengarah (Sukan) JBS Melaka; Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. Turut sama hadir dalam pertemuan Pegawai Penggalakan dan Pembangunan JBS Melaka; Mohd Hazriq Abu Zarin.

#BAHAGIANSUKAN