MELAKA TENGAH, Melaka 15 Julai 2019 - Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali, Bukit Katil YBrs Ustaz Abdullah Shahir bin Ahmad Fadzil telah mengadakan kunjung hormat kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Norazlin binti Sarun pada 15 Julai 2019 di Y-Centre Melaka yang lalu.
Objektif utama kunjungan hormat ini ialah perbincangan dua hala bagi mendapatkan input membangunkan modul kokurikulum kolej dan cadangan program kolaborasi yang boleh dijalankan bersama. Antara cadangan yang dikemukakan ialah penyertaan pelajar kolej dalam Program Anugerah Remaja Perdana, Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran serta program pembangunan sahsiah remaja pada masa akan datang.
Kerjasama ini diharapkan dapat mempertingkatkan usaha ke arah melebarkan kerjasama dengan golongan belia khususnya dari latar belakang pengajian agama di samping berpeluang berkongsi pengetahuan dari pelbagai aspek sebagai komitmen kepada pembangunan dan pemantapan generasi belia.