Ayer Keroh, 12 April 2022 - Telah berlangsung  berkunjung temu YBrs En. Khairul Adri Bin Dato' Rosli; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama YBhg. Datuk Shadan Bin Hj Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Dalam kunjungan ini, turut membincangkan dan memfokuskan hal-hal berkaitan penganjuran program serta aktiviti  pemerkasaan Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda dengan kerjasama strategi diantara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mempelawa Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka supaya merancakkan lagi aktiviti belia di Dataran Sejarah Ayer Keroh bertentangan Ley Park Station, cadangan yang diketengahkan oleh Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman itu kepada Pengarah JBS Negeri Melaka, Khairul Adri Dato' Rosli dalam usaha untuk memastikan mana-mana persatuan/pertubuhan belia di negeri ini yang berminat untuk menganjurkan apa saja program terutama, di pentas terbuka dalam kawasan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka sangat dialu-alukan. Pihak MPHTJ tiada halangan dan sangat berharap wujudnya kerjasama bagi kedua-dua pihak.

Turut hadir bersama sesi kunjung temu Pn. Nurhanani Bt Tarik, Pegawai Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.