AYER KEROH, 18 April 2022 - Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) hari ini mengadakan kunjung hormat sebagai pertemuan rasmi kali pertama bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Khairul Adri Dato' Rosli yang bertukar masuk ke jabatan ini pada pertengahan Mac 2022.
Kunjung hormat sebagai mengalu-alukan kehadiran Khairul Adri Dato' Rosli ke negeri Melaka di samping mengekalkan suasana kerjasama erat yang sedia terjalin antara MGBM dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka selain membincangkan program-program yang akan dilaksanakan serta isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan di negeri Melaka.
Antara yang hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut adalah, Presiden MGBM, YB Senator Datuk Mohd Ridhwan Tun Ali; Timbalan Presiden, Zaini Muhamad; Setiausaha Agong, Razali Baharon; Naib Presiden Wanita, Zaiton Sidek dan Exco MGBM, Kenneth William.
Hadir sama, Timbalan Pengarah JBSN Melaka, Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin; Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Azmee Amar Azwan Mostapa; Pegawai Pembangungan Sosial, Mohd Azizul Hanafi dan Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Mohd Hazriq Abu Zarin.