Seri Negeri, 12 April 2022 - Berlangsungnya satu Kunjung Hormat kepada TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka oleh YBrs. Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pertemuan yang dilangsungkan hampir 1 jam 30 minit bertempat di Pejabat Rasmi TYT di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri itu turut sama dihadiri Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin; Timbalan Pengarah (Belia) dan Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Aalleh; Penolong Pengarah (Sukan) serta Encik Azmee Amar Azwan Bin Mostapa; Pegawai Pembangunan Rakan Muda.