BUKIT RAMBAI, 14 Januari – Anak-anak muda daripada Kelab Rakan Muda (KRM)Tangga Batu telah berjaya membongkar kisah hidup ahlinya sendiri iaitu Sdr. Aimandan keluarganya yang hidup dalam kedaifan sejak sekian lama yang mana tinggal dipondok using di dalam sebuah kebun di Kampung Bukit Rambai. Walaupun terlibat didalam program-program kemasyarakatan seperti pasca banjir dan penyampaiansumbangan ke rumah-rumah tetapi beliau tidak pernah bercerita tentang kesusahanyang dialami oleh keluarganya sendiri sehingga perkara itu dapat dibongkar oleh ahliKRM telah berkunjung ke rumahnya.Laluan ke rumah Aiman agak terpencil kerana terpaksa melalui kawasan kebun kelapasawit, tanah perkuburan, kebun sayur dan baru sampai ke rumah beliau. Semogadiharapkan ada pihak berwajib yang tampil untuk membantu meringakan bebankeluarga ini dan didoakan agar keluarga ini akan dipermudahkan segala urusan.