MASJID TANAH, 25 Jan – Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Masjid Tanah hari ini telah mengukuhkan kerjasama strategik dengan Kolej Komuniti Masjid Tanah. Kerjasama ini lebih terarah kepada pengambilan pelajar baharu untuk kursus jangka panjang dan juga jangka pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Masjid Tanah khususnya golongan belia India setempat. MIYC Masjid Tanah mengambil peranan sebagai agen kepada promosi tawaran kursus yang dirancang oleh pihak Kolej Komuniti Masjid Tanah. Untuk rekod Kolej Komuniti Masjid Tanah merupakan sebuah institusi latihan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan peluang pembelajaran di peringkat sijil kemahiran jangka pendek dan juga jangka panjang. Rombongan MIYC Masjid Tanah telah diketuai oleh pengerusinya, Kuhan Ram dan disambut baik oleh pengurusan Kolej Komuniti Masjid Tanah melalui Tuan Zaidi Othman, Pengarah KKMT. Turut hadir, Boovenswaran A/L Munusamy Ketua Pemuda MIC Negeri Melaka.