BEMBAN, 27 Mac 2022 - Kejohanan Sepak Takraw MSL 2022 Daerah Jasin menutup tirai dengan kejuaraan milik Keris Mas B yang menumpaskan Sawit Mas B di peringkat akhir. Tempat Ketiga Bersama milik JUST Club A dan Bentara A.
.
Pelaksanaan MSL yang bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi gerakan gaya hidup aktif dan sihat di samping mencari bakat baharu. Juara dan Naib Juara bakal beraksi di peringkat Negeri sebelum ke peringkat Kebangsaan.
.
Perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Wira Hassan Rahman, Penyelaras Dun Bemban. Sebanyak 16 pasukan berentap dalam merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,400.