Port Dickson- 23 Disember 2019. Seramai 21 orang peserta pingat emas telah berjaya melengkapkan komponen penjelajahan lasak yang telah diadakan di Pusat Sains Marin Upm, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20-23 Disember 2019.

Program ini melibatkan pelajar dari Kolej Antarabangsa Putra dan Kolej Cosmopoint Melaka. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menyertai pelbagai acara menarik dan mencabar antaranya mendaki gunung tampin, combat archery, sukan rakyat, zumba, pertolongan cemas dari JPAM Port Dickson dan khidmat masyarakat di kampung Si Rusa.

Majlis penutup disempurnakan oleh En. Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir, En Mohd Syahmi Bin Md. Lasa, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah, dan En. Mohd Khusyairi Bin Zainal, wakil Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson.