KRUBONG, 22 Jun 2022 - Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan Melaka melalui Sektor Pendidikan Khas telah menganjurkan Kem Bakat Sukan Boccia peringkat Negeri Melaka. Kem ini dijalankan bertujuan untuk mencungkil bakat baru yang boleh diketengahkan sebagai bakal-bakal atlet negeri dan seterusnya menjadi pelapis bagi atlet negara.
*
Program dimulakan dengan kata aluan daripada Tuan Haji Nazri Abd Latip Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Melaka. Seramai hampir 20 orang pelajar bersama-sama 18 guru pengiring yang turut serta dalam mempelajari asas permainan sukan Boccia yang disampaikan oleh En Vencent Teri yang merupakan Penggerak Sukan Boccia bagi negeri Sarawak merangkap Setiausaha Persatuan Boccia Malaysia (PBM).
*
Program bermula jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat pengenalan Boccia dan diteruskan dengan demonstrasi permainan. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk merasai sendiri cara bermain sukan ini. Tujuan program ini diadakan juga adalah sebagai titik tolak memperkenalkan Sukan Boccia di negeri Melaka yang akan diterajui oleh En Nizar Salleh sebagai Penggerak Sukan Boccia bagi negeri Melaka.
Program berakhir jam 12.30 tengahari dengan ucapan penutup daripada Pn. Narashimah Mansor, Ketua Cawangan Penggalakan Sukan MSN dengan penyerahan sijil penyertaan dan penghargaan pada para peserta dan urus setia terlibat.

#KOMBES