BEMBAN, 19 Mac 2022 - Daerah Jasin membuka tirai penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka tahun ini bagi Kategori Pertubuhan dengan penyertaan dari Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) Kesang Damai, Bemban.
.
Sesi penilaian telah berlangsung di Balai Raya Kesang Jaya, Bemban dekat sini yang bermula jam 3.00 petang  dengan kumpulan panel penilai diketuai oleh YBhg  TS. Syariffanor binti Hisham, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka merupakan Ketua Panel bagai Kategori Pertubuhan Belia dan dibantu oleh panel Encik Razak Abu dan puan M. Vijayetchumi  A/P S. Murugesu.
.
Turut hadir memberi sokongan, Pengerusi MGBD Jasin; Zaini Muhammad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; Muhammad Mohsien Jamaluddin; Pengerusi JKKK Kesang Jaya; Tuan Haji Rahman; Pengerusi KBBT Negeri Melaka, Gobindaran Aru Chunan.
.
Dalam temubual bersama Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhammad berkata seluruh warga belia daerah Jasin meletakkan harapan tinggi kepada pertubuhan ini bukan hanya untuk berjaya di peringkat negeri sebaliknya juga dapat diangkat untuk bertanding di peringkat kebangsaan nanti atas faktor persediaan yang rapi dilakukan untuk penilaian kali ini.