Pantai Klebang, 15 Mei 2022 - Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian didalam kejohanan pada kali ini setelah hampir 2 tahun tidak dilaksanakan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara. Penganjuran selama 2 hari yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Softball Amatur Melaka pada kali ini telah mendapat sokongan dari pihak MSN Melaka dan JBS Melaka dan telah mematuhi segala keperluan SOP penganjuran yang ditetapkan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Majlis penutupan Kejohanan telah disempurnakan oleh Penasihat Persatuan Softball Amatur Melaka, YBhg. Datuk Dr. A. Senasi. Turut sama hadir, Pengarah MSN Melaka, YBrs. Encik Mahathir Mustafa dan Penolong Pengarah (Sukan) JBS Melaka, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh yang hadir mewakili Pengarah JBS Melaka.
Johan kejohanan pada kali ini adalah pasukan Pirates dari Negeri Johor yang mempertahankan kejuaraan mereka pada kali terakhir penganjuran di tahun 2019. Tahniah. Semoga usaha sukan ini terus maju dan berkembang dan melahirkan bakat-bakat baharu bagi mewakili Negeri Melaka dan Kebangsaaan.