Telok Mas,27 Mac 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Melaka Tengah 2022 bertempat di Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas, Melaka. Program dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Melaka  (PASTAM).

Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Melaka Tengah 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Akramuddin Bin Abdul Aziz, Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) bagi mewakili YB Datuk Hj Abdul Razak Bin Hj Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Mas. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat berbudaya sukan khususnya di Daerah Melaka Tengah di samping untuk meningkatkan perpaduan dikalangan masyarakat serta memberi peluang bakat baru di peringkat akar umbi untuk menyerlahkan bakat.  

Program ini telah melibatkan seramai 16 bermula pasukan dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan ZM Kris Mas ‘A’ manakala tempat kedua di menangi oleh pasukan Balai Panjang ‘A’. Tempat ke-3 dimenangi bersama oleh pasukan  JMF ‘A” dan Bengkalis .

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah serta Jawatankuasa Pelaksanaan Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Melaka Tengah 2022 mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan ucapan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB), Jabatan KEMAS Negeri Melaka, Rela, Angkatan Pertahanan Awam dan lain – lain agensi yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Melaka Tengah 2022.

Turut hadir sama semasa majlis perasmian, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Norazlin binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Encik Mohd Kamarudin Kasim Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) Encik Muzafar Shah bin Shahadan, Ketua Pengadil Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Melaka Tengah.