Bemban, 27 Mac 2022 - Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL 2022) Daerah Jasin telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Wira Hasan Abd Rahman, Penyelaras DUN Bemban. Turut hadir Puan Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jasin dan Encik Mohd Hazriq Abu Zarin wakil Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Sukan Negeri Melaka. Sebanyak 16 pasukan bersaing bagi merebut kejuaraan pada kali ini.