Masjid Tanah, 27 Mac 2022 - Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL 2022) Daerah Alor Gajah telah disempurnakan oleh YB Tuan VP. Shanmugam a/l V.Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kerajaan Negeri Melaka, merangkap ADUN Gadek. Turut hadir YBrs. Encik Muhammad Firdaus bin Ausar mewakili Tuan Pegawai Daerah Alor Gajah, YBrs. Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBS Melaka serta Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Sebanyak 16 Pasukan bersaing bagi merebut kejuaraan pada kali ini.