Pantai Klebang, 26 Mac 2022 - Telah berlangsungnya perlawanan akhir Kejohanan Liga Ragbi Melaka 25 Sebelah 2022 bertempat di Padang Ragbi Pantai Klebang, Melaka.Kejohanan yang dianjurkan pada tahun ini terbuka untuk kelab-kelab gabungan Melaka Rugby dan semua institusi pendidikan awam dan swasta dalam negeri Melaka. Tujuan utama pengnjuran liga ini juga adalah untuk persediaan ke Kejohanan Ragbi Piala Agong 15 Sebelah 2022 Peringkat Kebangsaan.
Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan YB Tuan P. Shanmugam a/l V. Pitchay; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut sama hadir, YB. Datuk Haji Hameed M. K. Basheer; Presiden Persatuan Ragbi Negeri Melaka (Baru) dan YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Penolong Pengarah (Sukan) JBS Melaka yang hadir mewakili Tuan Pengarah JBS Melaka.
Johan edisi kali ini telah disandang oleh Pasukan Melaka Highlanders yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM1,000.00 tunai setelah menewaskan Pasukan XMoruc di perlawanan akhir. Tahniah.