SERKAM, 25 Januari 2020 - Kejohanan Futsal Tertutup Dun Serkam telah berlangsung di Gelanggang Futsal Taman Pahlawan, Pulai,  Serkam jam 8.30 malam dengan penglibatan 13 pasukan dari belia-belia Dun Serkam.

Kejohanan ini dianjurkan oleh YPC Jasin dengan kerjasama Penyelaras Dun SERKAM dan MPKK Pulai.

Kejohanan kali pertama ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi WHIP Perbandaran Jasin, Dr Mohd Yadzil Bin Yaakub. Dan penutup disempurnakan oleh Ustaz Muhammad, Penyelaras Dun Serkam.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Youth Power Club yang merupakan NGO yang diilhamkan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Tambahan pula YPC Jasin amat agresif di dalam penganjuran program belia di dalam kawasan Jasin.

Kejohanan tertutup ini akan bakal berlangsung di setiap dun dan juara akan bersaing di Kejohanan Juara Parlimen Jasin pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

Diharapkan dengan penganjuran sukan seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni seperti semangat perpaduan, mengeratkan silaturahim, kesukanan dan seterusnya dapat mengekalkan gaya hidup sihat di kalangan belia khusus nya daerah Jasin.

Johan bagi Dun Serkam ialah Pulai Indah B yang telah mengalahkan Pulai Indah A dan tempat Ketiga telah dimenangi Berangan Enam.