JASIN, Melaka 19 Januari 2020 - Kejohanan Futsal Terbuka Piala YDP MPJ sempena Ulangtahun MPJ Ke-13 berlangsung dengan jayanya di Gelanggang Futsal Alamanda Jasin. Sebanyak 24 pasukan berentap merebut hadiah berjumlah RM1,400 beserta medal dan Piala Pusingan.

Ole FC telah berjaya merangkul Juara setelah mengalahkan Nano B dengan jaringan 2-0. Tempat Ketiga telah dimenangi Gabsi yang telah menewaskan Odeng FT B. Johan membawa pulang RM700, medal dan Piala Pusingan.

Kejohanan yang dianjurkan oleh MAYC Jasin dengan kerjasama MPJ dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin ini adalah bagi menyambut Ulangtahun MPJ Ke-13. Selain itu juga, ia dijadikan medan anak muda menunjukkan bakat dan mengasah kemahiran dalam sukan futsal.

Hadir sama dalam kejohanan tersebut ialah Haji Mustafa Ali, Yang DiPertua MPJ, Nurul Haida binti Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin dan Asrul Khan Sher Jang Khan, Pengerusi MAYC Kawasan Jasin.