Krubong, 28 Mei 2022 - Kompleks Sukan Komuniti, Krubong sekali lagi menjadi medan kehangatan dan kemeriahan penganjuran Malaysia Sports League (MSL) 2022 bagi Kejohanan Futsal Peringkat Daerah Melaka Tengah.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah selaku penganjur utama kejohanan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Bertam Ulu dan di sokong rapat oleh Persatuan Bola Sepak Melaka.
Sebanyak 36 pasukan yang terdiri daripada 32 pasukan kategori lelaki dan 4 pasukan bagi kategori wanita berentap bagi merebut gelaran Johan dan Naib Johan bagi kategori lelaki dan wanita seterusnya mewakili daerah Melaka Tengah ke peringkat negeri.
Kejohanan telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan mendapat sambutan penyertaan yang amat menggalakkan. Penyertaan telah disertai oleh pengemar aktiviti sukan futsal daripada pelbagai agensi, IPTA/IPTS, badan berunifom dan Persatuan belia di daerah Melaka Tengah.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka Merangkap ADUN Paya Rumput.Turut hadir sama Penolong Pengarah Bahagian Pembagunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Mohd Saiful Fahmi Bin Mohd Salleh serta En. Mohd Ayob Bin Alias, Pengerusi Kelab Bola Sepak Bertam Ulu.
Kejohanan pada kali ini diungguli oleh pasukan Teman FM sebagai Johan dan pasukan Kodok FT selaku pemenang tempat kedua bagi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita pasukan BUFC dinobatkan sebagai Johan dan UTem 'B' sebagai Naib Johan.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Saudara Ridzuan Bin Ahmad, Pengerusi Jawakankuasa Futsal dan Bola Sepak Wanita, Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka. Turut serta majlis tersebut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Nurhanani Bt Tarik dan En. Mohd Hazriq Bin Abu Zarin, Pegawai Penggalakan dan Pembagunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.

#pbsdmt2022