MSL 30N3 ALOR GAJAH 01
 
LENDU, 21 Mei 2022 - Telah diadakan Kejohanan Bola Keranjang 3on3 MSL 2022 Peringkat Daerah Alor Gajah yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini. Seramai 92 peserta melibatkan penyertaan 18 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita bagi merebut kejuaraan di Peringkat Daerah Alor Gajah.
 
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Lee Tian Sing, Mantan Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Komuniti Masyarakat Cina Bahagian Masjid Tanah, Turut hadir sama En. Khairul Adri Bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, En. Liow Fok Nian, Pengerusi JPKKB Kampung Baru Lendu.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Johan Pasukan Wanita San Hei Yi Pai dan Johan Pasukan Lelaki 906 Warriors A. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En. Sodikin bin Ali Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah diiringi En. Tee Wee Siang Wakil Persatuan Bola Keranjang Negeri Melaka.
 
Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Bola Keranjang Negeri Melaka selaku rakan strategik dalam penganjuran kejohanan ini.