MELAKA, 20 Mac  – Kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Peringkat Daerah Negeri Melaka telah dilaksanakan di setiap Daerah iaitu di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Kompleks Sukan Masjid Tanah dan Dewan Serbaguna JAPERUN Bemban. Seramai dua puluh enam (26) pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah, IPT, agensi kerajaan dan swasta, kelab komuniti dan sebagainya.

Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka dan sokongan pelbagai agensi Kerajaan Negeri ini adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan memberi peluang bakat baru diperingkat akar umbi untuk menyerlahkan bakat.

Pasukan Melaka Junior telah merangkul Johan di Daerah Melaka Tengah manakala pasukan TMNC Wonderwomen dan TMNC Catwomen masing-masing telah menjadi Johan di Daerah Alor Gajah dan Daerah Jasin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000.00 beserta medal.

Syahbas diucapkan kepada para pemenang dan sekalung penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang bersama menjayakan kejohanan ini.