Masjid Tanah, 14 Mei 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Badminton Malaysia Sport League (MSL 2022) Peringkat Daerah Alor Gajah yang bermula seawal jam 8.00 pagi tadi. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Saiful Hazwa bin Kipli, Pegawai Daerah Alor Gajah.Turut hadir sama ialah Pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Syamsul Tahrin bin Tahir , Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin , Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Sodikin Bin Ali Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah serta Wakil Persatuan Badminton Melaka, Encik Steven Ong Swee Khai . Seramai 110 Orang peserta yang mewakili pasukan masing-masing telah berentap bagi merebut kejuaraan di peringkat daerah Alor Gajah.
Tahniah kepada Pasukan AGBC selaku Johan (Wang Tunai RM1000 + Medal) dan Pasukan JEFF BC selaku Naib Johan (Wang Tunai RM700). Johan dan Naib Johan bagi kejohanan ini akan mewakili Daerah Alor Gajah ke MSL Peringkat Negeri Melaka. Penyampaian hadiah telah di sampaikan oleh En. Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Terima kasih di ucapkan kepada seluruh pasukan teknikal dan urusetia dari Persatuan Badminton Negeri Melaka dalam membantu melancarkan kejohanan ini