JASIN, 15 Februari 2022 - Sukan angkat berat menjadi tumpuan setelah atlet wanita Filipina, Hidilyn Diaz yang mendapat pingat Emas Olimpik di Tokyo setelah menggunakan gimnasium sementara di garaj keluarga angkatnya di Jasin sebagai kem latihannya.
.
Bagi memastikan Jasin terus memacu kejayaan dalam sukan angkat berat, Kejohanan Angkat Berat Youth, Junior dan Senior Kebangsaan 2022 sedang berlangsung dari 14 hingga 19 Mac 2022 ini di Dewan Alamanda, Jasin bagi mencari pelapis muda.
.
Kejohanan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jasin, Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan Bawah 13 tahun dan Bawah 17 tahun dalam disiplin Snatch dan Clean And Jerk.
.
Perasmian telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) YB. Tuan VP. Shanmugan A/L Pitchay. Seramai 136 orang atlet dan 50 pegawai pengiring hadir dari seluruh Malaysia.