ORIENTERING 2022 01

BANDAR HILIR, 21 Mei 2022 - Hari ini telah bermulanya pendaftaran peserta bagi Kursus Asas Orienteering Tahap 1 Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2022 di mana program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka melalui Unit Pembangunan Sukan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan ini dilaksanakan selama dua (2) hari bermula 21 Mei sehingga 22 Mei 2022. Kursus ini dilaksanakan secara teori di Hotel Seri Costa, Banda Hilir, Melaka manakala latihan secara praktikal akan dilaksanakan di sekitar Banda Hilir, Melaka.
*
Seramai 37 orang peserta terdiri daripada 16 wanita dan 21 lelaki telah hadir dari seluruh Negeri Melaka. Pelaksanaan kursus ini turut mendapat kerjasama dari Kelab Sukan Dan Rekreasi REDTMA (KSRR).
*
Objektif utama kursus ini adalah bagi melahirkan lebih ramai penggiat dan peminat sukan orienteering dan rekreasi luar disamping peserta dapat mempelajari asas orienteering sebelum ke peringkat yang lebih tinggi.

#BAHAGIANSUKAN