GADEK, 10 Jun 2022 - Satu Mesyuarat dan taklimat Penyelarasan Program Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Negeri Melaka 2022 "Fiesta Bendang Gadek" telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Japerun Gadek, Alor Gajah, Melaka.
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBS Melaka) akan melangsungkan satu program profil yang akan memperkenalkan semula sukan tradisional kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan terpilih iaitu Kampung Gadek, Alor Gajah. Program sebegini lebih memfokuskan kepada perpaduan dan keharmonian kekeluargaan komuniti tempatan sambil beriadah dengan sukan tradisi yang popular dikalangan masyarakat Malaysia.
*
Untuk makluman, Empat (4) jenis acara sukan tradisional utama dan lapan (8) jenis acara sampingan akan dilaksanakan untuk disertai oleh para peserta dan penduduk setempat.
*
Taklimat program kepada wakil agensi-agensi yang akan bekerjasama menjayakan program ini telah disampaikan oleh Pengarah JBS Melaka; Khairul Adri Dato' Rosli. Turut sama hadir, YB Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka; Tuan V.P Shanmugam a/l V. Pitchay yang turut mempengerusikan mesyuarat tersebut. Turut sama hadir, Penolong Pengarah (Sukan) JBS Melaka; Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
*
Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Negeri Melaka pada kali ini akan bekerjasama bersama Japerun Gadek dan GB4B Kawasan Gadek dan dicadangkan dilangsungkan di kawasan sawah bendang, Kampung Gadek dengan mengangkat tema "Fiesta Bendang Gadek". Dijangkakan YAB Ketua Menteri Melaka akan hadir merasmikan program ini.

#BAHAGIANSUKAN