CHERAS, 24-25 Mei 2022 -Satu Bengkel selama dua (2) hari iaitu Bengkel Penyelarasan Liga Bolasepak Peringkat Sekolah (Junior Football League) 2022 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
*
Bengkel pada kali ini telah dihadiri oleh para peserta yang terdiri daripada Pengarah, Pegawai Kanan, Pegawai Pembangunan & Penggalakan Sukan JBS Negeri serta para Pegawai Teknikal Bolasepak Jabatan Pendidikan Negeri dari seluruh negara. Untuk makluman, JFL 2022 dijangka akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2022.
*
Bengkel ini memfokuskan tentang penyelarasan pelaksanaan kejohanan bolasepak dua (2) kategori iaitu bawah 12 tahun dan bawah 16 tahun yang akan dianjurkan secara kerjasama diantara pihak KBS dan KPM untuk mencungkil bakat-bakat baru diperingkat akar umbi untuk diketengahkan pada masa akan datang.
*
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBSN; YBhg. Tuan Mohd Azhari Mohamad. JBS Melaka telah diwakilkan Pengarah JBS Melaka; Encik Khairul Adri Dato' Rosli dan Penolong Pengarah (Sukan) JBS Melaka; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.