DERMA DARAH RM 02

Ayer Keroh, 28 Mei 2022 (Sabtu)- Program Jom Derma Darah @ KBS Siri I Peringkat Negeri Melaka telah diadakan Pada 28 Mei 2022 (Sabtu), bertempat di Mydin Mall, MITC, Melaka. Bermula dari jam 11.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang tadi.
.
Sehingga jam 5.00 petang tadi program ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada seluruh penduduk Negeri Melaka.
.
Ternyata penduduk Melaka dan Malaysia adalah rakyat yang prihatin dengan seramai 135 Orang penderma yang berdaftar dikaunter pendaftaran. Tahniah & Terima Kasih untuk seluruh penduduk Melaka dan Pasukan daripada Jabatan Trasfusi Darah, Hospital Melaka yang bekerjasama menjayakan program ini. Nantikan Siri yang seterusnya.

#Bahagianrakanmuda