BANDA HILIR, 18 Jun 2022 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) turut serta dalam memberikan khidmat nasihat kepada Persatuan Sukan dan orang ramai yang hadir dalam Program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang berlangsung di Hotel LaCrista, Banda Hilir, Melaka.
*
Orang awam mula mengunjungi kaunter yang dibuka seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah panduan penubuhan badan sukan, penyemakan status pendaftaran badan sukan, penyemakan status penganjuran sukan, khidmat nasihat berkaitan maklumat yang kena diberi (MYKB) dan lain-lain. Kaunter JBSNM juga tidak lekang dalam menerima tetamu yang majoritinya ingin mengetahui panduan membuat permohonan bantuan program melalui Sistem Persatuan Sukan Bersepadu (SPSB).
*
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Tuan Ibrahim Mohd Yusof dan Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.

#BAHAGIANSUKAN
#JBSNM
#JBSNBersama
#pejabatpesuruhjayasukan
#sistempersatuansukanbersepadu