AYER KEROH, 25 Februari 2020 – Pasukan Futsal Lelaki, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengalahkan Pasukan Futsal daripada  Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Multimedia Melaka (MMU) dengan jaringan 12 berbalas 4 bertempat di Galaxy Futsal, Melaka Mall. Perlawanan persahabatan yang berlangsung selama sejam ini adalah yang pertama kali melibatkan kedua-dua pasukan di mana ianya diadakan bagi mengeratkan hubungan antara JBS Melaka dan SRM MMU. Turut hadir Encik Mohd Hazriq Bin Abu Zarin mewakili Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Melaka dan Cik Sakinah Binti Yusof, Presiden SRM MMU. Semoga perlawanan persahabatan ini diteruskan lagi di masa yang akan datang dan melibatkan pelbagai jenis sukan.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Melaka