MESYUARAT MEDIA 01

AYER KEROH, 18 Mei 2022 - Telah berlangsung sidang Mesyuarat Bilangan 1 bagi tahun 2022 Jawatankuasa Media dan Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan (JBS Melaka); Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh yang juga merupakan Pegawai Focal Point Media Jabatan.

Mesyuarat yang telah diadakan bertempat di Aras 1, Bilik Perbincangan JBS Melaka pada kali ini turut berfokuskan hala tuju pasukan media Jabatan serta beberapa perubahan yang dihasratkan oleh pihak Kementerian didalam meningkatkan medium penyampaian informasi kepada masyarakat berkaitan program-program Belia, Sukan dan Rakan Muda serta pemakluman berkenaan kemudahan sukan yang dimiliki supaya lebih dekat dengan Jabatan terutamanya di Negeri Melaka.

Turut sama hadir, wakil-wakil Jawatankuasa Media dari setiap Bahagian di Jabatan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Kompleks Sukan Komuniti dibawah pengurusan JBS Melaka.

#JKMEDIAPORTAL