JASIN, 23 November 2019 - Program Jasin Fit and Dance Fiesta 1.0 telah berjaya dilangsungkan di Dewan Alamanda, Jasin. Penyertaan seramai 200 orang itu telah mula mendaftarkan diri seawal jam 7.00 pagi. 

Program yang pertama kali dilaksanakan di Jasin telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Kecergasan Jelita Fit dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jasin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin. 

Antara objektif Jasin Fit and Dance Fiesta 1.0 adalah menghimpunkan peserta aktif dalam Program Zumba selain mengeratkan silaturrahim antara peserta. Dalam program itu juga telah disampaikan hadiah Pakaian Terbaik dan Peserta Terbaik. 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Noor Jehan, Ahli Majlis MPJ. Hadir sama, Mohd Afiq Mazly, Pegawai Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.