Masjid Tanah, 13 April 2022 - Majlis Iftar JBS Melaka bersama Ketua Pengarah JBSN; YBhg. Tuan Mohd Azhari Bin Mohamad telah dilangsungkan bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Masjid Tanah, Melaka.
Majlis ini juga turut disertai seluruh warga kakitangan JBS melaka, barisan kepimpinan tertinggi MYSO serta kepimpinan Kesatuan Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) serta pengurusan IKTBN Alor Gajah. Turut hadir pengurusan tertinggi JBS Melaka yang diketuai YBrs. Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli selaku tuan rumah program pada kali ini.
Antara pengisian majlis iftar kali ini adalah program rewang bubur lambuk, penyerahan sumbangan kepada kakitangan JBS Melaka, program berbuka, solat Margrib berjemaah serta turut dilangsungkan sesi rakaman ucapan raya dan takbir raya JBSN.