ALOR GAJAH, 9 Februari 2020 - Sokongan padu ahli keluarga terhadap kerjaya warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin yang bertugas tanpa mengira hari dan masa dalam memastikan agenda pembangunan belia dan sukan terlaksana dihargai dalam Program Reatreat dan Hari Keluarga PDSD Jasin.

Program 2 hari bermula semalam diadakan di A Famosa Resort dekat sini telah disertai oleh semua warga kerja serta ahli keluarga PBSD Jasin dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya sukaneka kanak-kanak, malam mesra BBQ dan sarapan pagi beramai-ramai di Kedai Roti Canai Dulang Besar, Kg Cendana Putih dekat sini.

Sesi ramah mesra bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan turut diadakan pada malam tersebut dan beliau telah menyampaikan amanat, visi serta harapan kepada semua warga kerja PBSD Jasin.

Noorman juga memuji dan berharap agar program yang baik seperti ini dapat diadakan juga oleh PBSD yang lain dan dalam masa yang sama merancang untuk mengadakannya di peringkat JBS Negeri Melaka sebelum akhir tahun ini.