KUALA LUMPUR, 20 Januari 2022 – Hari kedua Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka dan Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKE-12) Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Negeri Melaka membincangkan dua slot utama merangkumi Pembangunan Ekonomi dan Digital Negeri Melaka yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Suhana Md. Saleh, Pengarah Bahagian K-Ekonomi,EPU JPM. Ketua Eskekutif Urbanice Malaysia, TPR Norliza Hashim pula menyampaikan tajuk slot kedua bertajuk Pembangunan Lestari. Hari kedua Konvensyen ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Tuan Noorman Bin Ramlan.Disediakan Oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNM.