JASIN, Melaka 15 Januari 2022 – Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka, encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin bersama cik Jalma Annas dari Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut turun padang dalam misi Gerak Kerja Bantuan Pasca Banjir JBSNM 2022 bertempat di Kampung Janda Berhias, Sungai Rambai Jasin. Pelbagai agensi dan pertubuhan terlibat dalam memastikan objektif misi ini tercapai. Turut hadir bersama dalam misi ini adalah YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai dan Encik Noorman bin Ramlan, Pengarah JBSN Melaka. Bahagian ini mengucapkan sekalung tahniah kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin di atas kejayan program ini.Disediakan Oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia JBSNM.