MERLIMAU, 22 Januari 2020 - Gerakan Belia 4B Solok Kilang Berapi membuka tirai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka bagi kategori pertubuhan dengan menjadi pertubuhan pertama mengesahkan penyertaan dari Daerah Jasin yang akan bertanding pada tahun ini dan telah menggerakkan gerak kerja awal dengan mengadakan taklimat APBN pada 1 Januari 2020.

Malam ini bertempat di Rumah Belia Solok Kilang Berapi, persatuan ini telah mengadakan mesyuarat khas bersama jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Merlimau Barat dan Sidang Merlimau Barat khusus membincangkan kerjasama serta penyelarasan bersama agar pertandingan ini bukan hanya menumpukan kepada aktiviti belia sahaja tetapi turut menjadi sebahagian daripada aktiviti seluruh komuniti di kawasan tersebut seterusnya menarik penglibatan semua.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi GB4B Solok Kilang Berapi, Zaini Muhammad. Hadir sama Sidang Merlimau Barat, Hamzah Lone dan wakil MPKK Merlimau Barat, Maelah Abu Sah.