JASIN, 18 November 2019 - Program Fitness Together Daerah Jasin melabuhkan tirai setelah melalui 10 sesi bermula 24 Oktober 2019 di Dewan Perumahan Polis Batu 16, Jasin. Sesi berlangsung setiap Isnin, Rabu dan Khamis.

Program yang disertai 30 orang peserta dengan Body Mass Index (BMI) melebihi 29.9 didedahkan kepada aktiviti fizikal, kecergasan dan diet pemakanan. Cara senaman yang betul turut diajar bagi mengelakkan risiko kecederaan semasa senaman. 3 orang jurulatih terlibat dalam memberikan pengetahuan kepada peserta dalam setiap sesi.

5 orang peserta terbaik dipilih di kalangan peserta dengan kriteria pemarkahan berdasarkan kepada penurunan berat badan, kehadiran, komitmen sepanjang aktiviti dan pemarkahan dari jurulatih.

Peserta Terbaik telah dimenangi oleh Puan Jarinah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Nurul Haida binti Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.