JASIN, 11 Mei 2022 - Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohananan Badminton Berpasukan MSL 2022 Peringkat Daerah Jasin telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin. Taklimat telah disampaikan oleh  Encik Lui Wan Swee daripada Persatuan Badminton Negeri Melaka.
.
Kejohanan yang akan berlangsung pada 14 Mei 2022 akan datang di Dewan Tertutup Taman Maju, Jasin. Di akhir  taklimat tersebut, semua ketua pasukan telah melakukan cabutan undi bagi menentukan kedudukan pasukan bagi perlawanan yang akan berlangsung kelak.
.
Tuan Pegawai Daerah Jasin telah bersetuju untuk merasmikan Kejohanan MSL ini. Semoga kejohanan ini berjalan lancar.